Klausa Bahasa Melayu (Sintaksis): Menerangkan Maksud, Ciri, Jenis dan Posisi atau Fungsi Klausa dalam ayat



Klausa bahasa melayu (sintaksis)



Assalamualaikum kepada semua pembaca. Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu agar terus semangat membacanya ya !!. Hari ini Sara's Notes akan memberikan sebuah nota tentang KLAUSA BAHASA MELAYU (SINTAKSIS). Diharapkan dapat bermanfaat kepada semua terutama kepada pelajar-pelajar STPM S2 yang tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan S2.

Pergi ke kedai membeli laksa,

Mari kita belajar klausa.

Menyatakan maksud klausa :

Klausa ialah unit yang menduduki tempat di atas frasa dan di bawah ayat dalam tatatingkat / hierarki tatabahasa.

Menyenaraikan ciri-ciri klausa :

  • Klausa terdiri daripada subjek dan predikat.
  • Klausa tidak diucapkan dengan intonasi.


Menjelaskan tentang jenis-jenis klausa : 

Klausa terbahagi kepada 2 iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri manakala klausa tak bebas adalah klausa yang tidak boleh berdiri sendiri. Klausa tak bebas memerlukan kata hubung pancangan untuk menghubungkannya.


Menerangkan posisi / fungsi klausa tak bebas dalam ayat : 

Klausa tak bebas sebagai subjek 

Ayat sebenar = Tidaklah mudah untuk kami memujuk anak itu.

Subjek = Tidaklah mudah (klausa bebas)

Predikat = untuk kami memujuk anak itu. ( klausa tak bebas)

Bila klausa tak bebas bertukar jadi subjek :

Untuk kami memujuk anak itu, tidaklah mudah.

Subjek = Untuk kami memujuk anak itu (klausa tak bebas)

Predikat = tidaklah mudah (klausa bebas)


Klausa tak bebas sebagai predikat

Ayat sebenar = Orang yang prihatin itulah, yang akan membantu kita.

Subjek = Orang yang prihatin itulah (klausa bebas)

Predikat = yang akan membantu kita. (klausa tak bebas)

Kedudukan 👆 ni tak perlu diubah sebab dia nak klausa tak bebas berada di predikat !


Klausa tak bebas sebagai pelengkap (pelengkap tak boleh digugurkan)

Ayat sebenar = Mereka bercadang untuk menonton filem itu minggu depan.

"Untuk menonton filem itu minggu depan" ialah klausa tak bebas berada di kedudukan pelengkap.

Sebab apa?

Sebab bila dibuang "untuk menonton filem itu minggu depan" ayatnya akan menjadi "Mereka bercadang". Lengkap ke ayat ni? Tak❌️. bercadang apa? mesti tertanya betul. Jadi posisi klausa tak bebas ini adalah sebagai pelengkap. GOT IT?


Klausa tak bebas sebagai objek.

Objek mesti FRASA NAMA/KATA NAMA ✅️

Bukan FRASA ADJEKTIF, FRASA KERJA, FRASA SENDI NAMA❌️

Ayat = Ibu itu mengharapkan agar anak-anaknya pulang awal.

"agar anak-anaknya pulang awal " adalah klausa tak bebas sebagai objek.

mengharapkan (KATA KERJA) + anak-anaknya (objek KATA NAMA) tetapi dia nak klausa tak bebas jadi objek maka " agar anak-anaknya pulang awal." TAK BOLEH AMBIL OBJEK SAJA IAITU "ANAK-ANAKNYA."

Mesti korang keliru antara objek dengan pelengkap betul?

Tak perlu keliru korang cuma perlu tahu selepas kata kerja adalah kata nama mesti objek dan selepas kata kerja ayat itu tidak boleh digugurkan atau ada FN / FA / FSN mesti pelengkap.

So baca ayat dengan teliti.


Klausa tak bebas sebagai keterangan / adverba (boleh digugurkan/ boleh dibuang)

Ayat = Orang tua itu resah kerana anak gadisnya tidak pulang.

" kerana anak gadisnya tidak pulang " ialah klausa tak bebas sebagai keterangan / adverba.

Sebenarnya ayat " orang tua itu resah" sudah lengkap maknanya walaupun digugurkan keterangannya dan ini adalah klausa bebas tetapi dia nak klausa tak bebas sebagai keterangan jadi ayat "kerana anak gadisnya tidak pulang" itu kena ada. 

Senang je nak detect ayat ini adalah ayat keterangan atau tidak cuma perlu tahu ayat itu boleh dibuang seperti ayat di atas.


Klausa tak bebas sebagai penerang

Ayat = Mesin pembasuh yang baru dibelinya itu besar.

Ayat " yang baru dibelinya itu " adalah klausa tak bebas sebagai penerang.

Nak tahu macam mana nak kenal pasti itu penerang?? Sini aku ajarkan

Sebenarnya ayat di atas adalah gabungan dari 2 AYAT TUNGGAL / 2 KLAUSA.

AYAT TUNGGAL 1 = Mesin pembasuh itu besar.
AYAT TUNGGAL 2 = Mesin pembasuh baru dibelinya.

Nak cantumkan ayat ini mestilah gunakan formula ini 👇👇

Ambil AYAT TUNGGAL 2 dahulu dan pancangkan pada AYAT TUNGGAL 1 dengan menggunakan kata hubungan pancangan relatif iaitu "YANG".

Maka ayatnya jadilah " Mesin pembasuh (AYAT TUNGGAL 2) + yang( KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF) + baru dibelinya ( AYAT TUNGGAL 2) + itu besar( AYAT TUNGGAL 1)

GOT IT???


QUOTES TODAY

Start where you are. Use what you have. Do what you can.
– Arthur Ashe










Post a Comment

0 Comments