Frasa Bahasa Melayu (Sintaksis) : Menjelaskan Tentang Maksud, Ciri, Contoh dan Jenis Frasa

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Kembali lagi dalam Sara's Notes. Cuba kamu semua teka apa nota hari ini ? Pada penasaran kan kalian semua? Nota hari ini menjelaskan tentang Frasa Bahasa Melayu (Sintaksis). Tanpa basa-basi lagi yuk lanjutin terus baca nota ini ok.


MENYATAKAN MAKSUD FRASA :

Frasa ialah rangkaian perkataan yang berfungsi sebagai satu unit / satu satuan.


MENYENARAIKAN CIRI-CIRI FRASA : 

1) Frasa tidak mengandungi subjek dan predikat.

2) Frasa boleh diperluas.

3) Frasa mempunyai inti

4) Frasa terdiri daripada satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi 2 perkataan / lebih perkataan tetapi masih berfungsi sebagai satu unit.

Sebagai contoh :

Kasut ➡️ frasa terdiri daripada 1 perkataan

Kasut sukan ➡️ frasa diperluas dengan 1 perkataan

Kasut sukan adik saya ➡️ frasa diperluas dengan beberapa perkataan . 


MENJELASKAN TENTANG BINAAN FRASA : 

Binaan frasa terbahagi kepada 2 iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

FRASA ENDOSENTRIK ialah frasa yang mempunyai unsur inti, keterangan atau penerang. Manakala FRASA EKSOSENTRIK pula ialah frasa yang tidak mempunyai inti, keterangan atau penerang.


Frasa juga mempunyai frasa utama dan frasa bukan utama yang dikenali sebagai frasa aposisi. Frasa utama ialah frasa yang menduduki konstituen yang utama dalam ayat, iaitu frasa subjek dan frasa predikat manakala frasa bukan utama (frasa aposisi) ialah frasa yang boleh digugurkan dalam sesuatu ayat tanpa menjejaskan kegramatisan ayat itu.


MENERANGKAN JENIS-JENIS FRASA : 

Jenis frasa terbahagi kepada lima iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif, Frasa Sendi Nama dan Frasa Keterangan.

Berikut ini adalah penjelasan tentang kelima-lima jenis frasa tersebut.

a) Frasa Nama

Frasa nama ialah frasa yang kata intinya terdiri daripada golongan kata nama.

i) Susunan unsur frasa nama : hukum D-M

D ialah diterangkan, iaitu nama / perkara yang menjadi inti bagi frasa itu. Kata itu menjadi fokus yang hendak diterangkan dan kata ini diletakkan pada awal frasa.

M ialah menerangkan, iaitu kata yang menjadi penerang kepada fokus / perkara yang hendak diterangkan itu.

D (diterangkan) wajib 1 je dan M (menerangkan) boleh banyak.

D + M

Contoh :

Rumah (D) Biru (M) - biru tu boleh tukar dengan perkataan teres / besar / merah menjadi rumah besar, rumah merah, rumah teres. Perkataan rumah (D) tak boleh ubah macam tu maksudnya.

ii) Binaan frasa nama

Binaan frasa nama terbahagi kepada 2 iaitu Inti + Penerang dan Inti + Inti.

Binaan frasa nama Inti + Penerang terbahagi kepada 2 iaitu Inti + Penerang Nama ( kedua-dua inti dan penerang ialah kata nama ) dan Inti + Penerang Bukan Nama ( penerang terdiri daripada kata bukan nama, seperti kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan / kata adverba ).

Binaan frasa nama Inti + Inti pula terbahagi kepada 2 iaitu kedua-dua inti itu mempunyai makna yang sama / hampir sama dan kedua-dua inti menunjukkan maksud yang berlawanan.

iii)Posisi / fungsi frasa nama dalam ayat

Frasa nama sebagai subjek

Contoh :

  • Ayah saya menulis surat.
  • Rambutan gading amat manis.

Frasa nama sebagai predikat

Contoh : 

  • Guru saya orang Melaka.
  • Kerusi itu kerusi kayu.

Frasa nama sebagai objek

Contoh : 

  • Pelajar itu membaca buku sejarah.
  • Polis memberkas kumpulan penjenayah itu.

Frasa nama sebagai penerang

Contoh :

  • Pegawai wanita itu selalu berbaju sutera Jepun.
  • Adik saya berniaga buah-buahan tempatan.

Frasa nama sebagai pelengkap

Contoh :

  • Kami pernah bertentang mata.
  • Pak Ali berjual sayur-sayuran.

Frasa nama sebagai unsur dalam frasa sendi nama

Contoh : 

  • pada petang kelmarin
  • di bilik tidur

b) Frasa Kerja

Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan / beberapa perkataan yang intinya ialah kata kerja.

i) jenis frasa kerja

  • Frasa kerja aktif transitif
  • Frasa kerja aktif tak transitif

ii) binaan frasa kerja

Frasa kerja tanpa objek

Contoh : 

  • Dia berjalan.
  • Adik mandi.

Frasa kerja dengan objek ( dengan 1 objek & 2 objek)

Contoh FK dengan 1 objek :

  • Ayah menulis cerpen.
  • Askar menyerang musuh.

Contoh FK dengan 2 objek :

  • Kakak mencarikan adik beberapa contoh jawapan.
  • Nenek itu memasakkan cucunya nasi lemak.

iii) peluasan frasa kerja

Peluasan frasa kerja dengan kata bantu

Contoh : 

  • Bayi itu sudah mula berjalan.
  • Pesakit itu belum hendak makan.

Peluasan frasa kerja dengan unsur keterangan

Peluasan frasa kerja dengan ayat komplemen

Contoh : 

  • Dia mengaku bahawa dia bercakap benar.
  • Abang mencadangkan agar kami adik-beradik pulang ke kampung.

iv) posisi / fungsi frasa kerja dalam ayat

Frasa kerja sebagai predikat

  • Petani itu sedang berehat.
  • Kucing saya makan ikan rebus.

Frasa kerja sebagai subjek

  • Merokok boleh menjejaskan kesihatan.
  • Bersenam bolej menyegarkan tubuh badan.

Frasa kerja sebagai penerang

  • Dia mengamalkan hobi memancing hingga sekarang.
  • Adik saya memiliki bakat melukis yang luar biasa.


c) Frasa Adjektif

Frasa adjektif ialah binan yang terdiri daripada satu perkataan / beberapa perkataan yang intinya ialah kata adjektif.

i) binaan frasa adjektif

  • Binaan satu perkataan
  • Binaan dua perkataan

ii) peluasan frasa adjektif

  • Peluasan dengan kata penguat
  • Peluasan dengan kata bantu
  • Peluasan dengan keterangan
  • Peluasan dengan ayat komplemen
  • iii) posisi / fungsi frasa adjektif dalam ayat
  • Frasa adjektif sebagai subjek
  • Frasa adjektif sebagai predikat
  • Frasa adjektif sebagai penerang
  • Frasa adjektif sebagai keterangan dalam predikat

d) Frasa Sendi Nama

i) binaan frasa sendi nama

  • Kata sendi nama + frasa nama
  • Kata sendi nama + kata arah + frasa nama
  • Kata sendi nama + frasa nama + keterangan
  • Kata sendi nama + kata arah + frasa nama + keterangan

ii) posisi / fungsi frasa sendi nama dalam ayat

  • Frasa sendi nama sebagai predikat
  • Frasa sendi nama sebagai keterangan
  • Frasa sendi nama sebagai penerang
  • Frasa sendi nama sebagai pelengkap

e) Frasa Keterangan / Frasa Adverba

i) frasa keterangan boleh terdiri daripada

  • Frasa nama
  • Frasa adjektif
  • Frasa sendi nama
  • Kata/frasa adverba/frasa keterangan

ii) jenis frasa keterangan

Terdapat 14 jenis frasa keterangan iaitu Cara, Musabab, Waktu/masa, Tempat, Tujuan, Bandingan, Alat, Hal, Penyertaan, Emotif, Kekerapan, Durasi/tempoh, Kesungguhan dan Perhinggaan

iii) posisi / fungsi frasa keterangan dalam ayat

  • Dalam ayat susunan biasa, frasa keterangan menduduki bahagian akhir ayat ; selepas frasa yang hendak diterangkannya, iaitu selepas frasa kerja, / selepas frasa adjektif / frasa sendi nama.
  • Dalam ayat susunan songsang, frasa keterangan boleh mengalami pendepanan
  • Frasa keterangan boleh mendahului unsur yang hendak diterangkannya.

Kesimpulannya, adakah penjelasan tentang Frasa sudah jelas untuk kalian? Jika iya alhamdulillah, jika tidak mohon maaf jika ada yang kurang dari nota ini. Diharapkan kalian dapat memahaminya dan dapat menjawab soalan berkaitan frasa dengan baik.


QUOTES TODAY 

Hari ini kau bisa bangga menunjukkan kebodohanmu

Percayalah selama mentari memancarkan sinarnya

Maka akan ada hari dimana timbulnya puing-puing penyesalan

yang muncul dari hatimu

Karena dimasa lampau kau tak pernah menunjukkan prestasimu

Post a Comment

0 Comments